HADIRNYA WAJAH KESAYANGAN AYAH

Lama tul aku tak update blog aku nie. Biasa lah...sejak-sejak bergelar bapak nie agak sibuk sikit. Banyak yang keperluan isteri dan anak perlu disediakan. Dan juga hal-hal lain yang menyebabkan aku lama tak mengupdate blog nie. Sebenarnya banyak cerita suka duka yang aku lalui sepanjang masa aku tak update. Takpe nanti aku ceritakan pada entry yang lain pulak. Tapi untuk entry nie aku nak cerita pasal anak aku je. Ngeri siot waktu mula2 menyambut anak aku nie. Aku masuk sama dalam labour room, tengok sendiri kelahiran anak aku. Pengalaman tengok isteri bersalin membuatkan aku insaf bertapa susah payahnya ibu kita melahirkan kita. Dan membuatkan aku berfikir semula hasrat untuk meramaikan anak(sekurang2nyer 1 team bola hehehe). Setelah isteri berhempas pulas dengan dibantu oleh nurse2 yang masa tu agak garang(aku paham, garang2 tu bersebab, kalu tak lemas laa anak aku kat dalam tu). Lahir lah seorang insan yang dapat melengkapkan kehidupan aku suami isteri. Anak yang aku beri nama Balqis sempena nama isteri Nabi Sulaiman lahir pada 15 Ogos 2009 di Hospital Putrajaya. Alhamdullilah, aku bersyukur pada Allah kerana mengurniakan aku anak yang pada aku cukup sifat dan sihat. Kat bawah nie gambar anak aku, rasa2 korang laa ikut muka siapa laa anak aku nie. Dikesempatan nie aku nak ucap berbanyak2 terima kasih kepada nurse2 dan doctor2 yg bertungkus lumus membantu isteri aku melahirkan serta menyambut kelahiran anak aku. Terima kasih berbanyak2.

Comments