05 December 2014

MEH LA, KITA SAMA2 BLAJAR

Cara ringkas untuk solat jenazah ... Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita ...
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..
~1001 Sirah Nabi Muhammad

04 December 2014

BERSARANG

Ntah la....punye laa lama dah tak update blog nie. Hari nie tiba2 jer terbukak blog nie. Sememangnya aku amat merindui blog nie. Walaupun dah tau takde pun follower, tapi seronok pulak bila baca2 post2 yang lepas. Walaupun takde followers sekurang2nya bleh gak aku buat kenangan untuk anak cucu masa hadapan. Peh ayat tak bleh blah laa....wakakaka. Biasalah sejak kemunculan bermacam2 media komunikasi nie. Blog2 nie dipandang sepi. Apa2 pun nak update dan nak tengok status orang lain tengok jer kat FB. Selain FB, IG pun dah jadi popular. Semua ada FB termasuk makcik2 dan pakcik dan juga atok nenak dah ada akuan FB. Kalau nak kongsi gambar pun boleh. Nak update status pun boleh. Tak perlu panjang2 nak taip. Dah tentu la ramai yang menyukainya termasuk la aku nie yang jenis2 maleh nak taip panjang2. Dan satu lagi, mende yang aku amat suka sekali ialah kemudahan untuk upload gmbr semudah ABC tau. Tapi kengkadang agak bosan (menyampah)  jugak tengok status2 dorang nie. Sampai menda dalam kain pun nak cerita kat orang. Lagi2 budak sekarang nie. Sampaikan tengah beromen pun boleh update status. Apa dah jadi laa ngan budak2 skrg nie. Bagi aku hal2 personal nie korang simpan dalam kepala otak masing2 sudahlah. Tak payah nak bangga sangat buat mende terkutuk tu. Adoi hai...panjang plak aku membebel nie.

Apa cerita terbaru aku?

Cerita terbaru aku, takde la baru sangat. Lama pun tak lama la. Dah macam2 menda dah lalui sepanjang 2 tahun aku bertukar kat tempat baru. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tapi aku suka. Suka bila tengok pelbagai ragam manusia kat dunia nie. Hari nie aku kena jaga kaunter. KAUNTER LAGI. Dah pindah opis pun tetap wat mende yang seakan2 sama. Ingatkan bila dah pindah opis dapat la wat mende baru. Tapi takpe laa, seronok jugak. Jaga untuk pengambilan jugak. Tapi kali nie berbeza. Dulu pengambilan untuk ambil orang kerja, tapi sekarang pengambilan untuk amik orang belajar pulak. Mesti ada orang yang tanye, mana tu? Ok.... untuk pengetahuan korang (korang la sgt kan, mcm laa ada yang baca) aku skrg di politeknik. Yer..politeknik. Bahagian untuk kemasukan pelajar2 politeknik. Macam dulu jugak, angkat telipon  jawap pertanyaan orang awam. Cuma yang membezakan mereka dari berbagai latar belakang. Tapi bila dah lama2 kat sini rasa bosan pulak dengan pael dorang nie. Mengada2 sangat kot. Kalau boleh nak suruh poli buat depan rumah dier gak. Tipikal Malaysia kan. Dulu masa zaman aku belajar dulu. Tak kesah pun nak letak mana2 asalkan boleh belajar. Tapi budak2 skrg nie amatlah mengada2, macam2 alasan dorang bagi. Kengkadang sampai ada alasan yang sangat tak munasabah. Tak boleh nak berenggang dengan mak ayah langsung. Adoi ai....Adik2 oii...nie baru blajar korang xleh nak survival nanti bila dah masuk ke alam perkerjaan mcm mana agaknya. Kat luar tu lagi mencabar. Tu tak bleh...ni tak bleh...Takkan nak tunggu orang datang suap nasi kat mulut korang pulak kan. Masa belajar nie la korang kena survival. Cuba pikir dengan mata hati. Sampai bila korang nak duduk kat ketiak mak jerk. Hmmm....dah laa. Penat jer aku membebel sorang2 kat sini. Bukan ada sape2 pun nak baca pun...wakakaka....LARIKKKK....

10 April 2011

Uffairah Belum Cukur Jambul


Dah lama rasanya tak upload gambar kat blog nie...hehehe...terlampau sibuk kot..hahaha....sian pulak ngan adik Balqis nie....tak penah ader gambar dier kat dalam blog aku nie....nie aku upload sikit laa gambar2 adik Balqis yang bernama Uffairah....nie gambar sebelum cukur rambut....



28 August 2010

FLORIA 2010

Gambar lama....tapi baru upload....setelah sekian lamanya menunggu untuk dipaparkan...ceh.....


25 August 2010

Duit Raya

Alhamdulillah.....akhir nya berita gembira buat kakitangan awam dan persara....dapat duit raya RM500 dari Gred 1 hingga 54.....dan akan dibayar sebelum 1 Syawal bleh laa membantu dekat2 nak raya nie.....untuk maklumat lanjut sila rujuk berita harian hari nie.....

20 August 2010

Adik pun boleh.....

Berikut disenaraikan kalam ALLAH yang Maha Mulia dan kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, agar dapat sama-sama kita meneliti dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan kelebihan bulan Ramadhan, insyaALLAH.

1. Puasa adalah ibadah fardhu yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, dengan tujuan agar memperolehi Taqwa. ALLAH subhanahu wata’ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 2:183)

2. Ibadah puasa sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH dan ALLAH sendiri yang akan mengganjarinya. Puasa boleh menjadi perisai dari perbuatan tidak berfaedah dan kegembiraan yang besar bagi orang-orang yang beriman yang melakukan ibadah puasa ini.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:

“ALLAH ‘Azza wa Jalla berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) itu bagi dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNYA, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi ALLAH lebih harum dari bau minyak kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan iaitu gembira ketika ia berbuka dan gembira ketika ia menghadap Tuhannya kerana besar pahala puasa” (HR Bukhari & Muslim)

3. Ibadah puasa pada bulan Ramadhan boleh menghapuskan semua dosa-dosa yang pernah kita lakukan pada masa lampau.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

4. Pada bulan Ramadhan, sekalian manusia mempunyai peluang yang besar untuk melakukan kebaikan dan menggandakan kebaikan-kebaikan itu.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila bulan Ramadhan datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka, serta diikat syaitan-syaitan.” (HR Bukhari & Muslim)

Banyak hikmah yang boleh kita perolehi daripada kalam-kalam yang mulia di atas. Semoga ia dapat membuka minda dan roh kita untuk sama-sama mengejar kebaikan-kebaikan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan, insyaALLAH.

Credit to : www.muzir.wordpress.com

09 August 2010

Sambutan Hari Lahir Shikin dan Aiman (17/06/2010)

Lambat lagi ke nak makan. Balqis dah lapar nie....
Nak bubur......
Huhuhu...penoh mulot....
Jelingan Manja
Macam nak nangis pun ader
Potong...potong...potong...
Haaa...... Makan Chery Tu....
Atok bila dah kenyang.......
Mencari ketenangan jiwa....hahahaha

27 July 2010

Kesian Anak Ayah...huhuhuhu

Kesian anak ayah ari nie....kesejukkan masa ayah mengantor ker taska pagi tadi.....semua nya memang salah ayah.....tak pasal2 jerk anak ayah terketor2 kesejukkan.....mahap kan ayah yea nak.....lain kali ayah tak buat lagi....ayah akan periksa kereta ayah sblm bwk anak ayah....nape laa ayah nie cuai sgt....smpi tak ingat nak tukar bateri kereta yg nyawa2 ikan tu.....tak pasal2 anak ayah kena naik motor pegi taska....sian anak ayah....ayah mintak mahap yea nak.....tengah hari nnt ayah gantikan bateri baru kat kereta ayah......petang nnt kita naik keta balik dari taska yek.....petang nnt kita jalan2 naik motor pusing2 satu taman.....ayah mintak mahap yea nak......nnt ayah belanje bubur petang karang.....jangan marah yea anak ayah Balqis.....

Coretan dan sesalan dari aku......huhuhuhu......

Kenapa??????

Soklan kenapa??? Kenapa aper???? hehehehe...persoalan nyer ialah......kenapa aku lama tak update blog......nak tau sebab2 nyer??? Sebab2 nyer adalah seperti berikut:-

  1. Takde isu terkini nak aku coretkan kat dlm blog nie
  2. Terlampau buzy dengan kerja
  3. Sibuk memindahkan barang2 kat opis aku sebab kena reshuffle (tukar) bahagian lain
  4. Sibuk melayan anak aku yang terlampau manja sangat skrg nie (dier tau kot nak dpt adik)
  5. Sibuk belajar tugas2 kat tempat baru
  6. Sibuk jadi urusetia temuduga (mcm hampeh...dah kena tukar pun kena jugak)
  7. Sibuk menyelesaikan kerja2 tertangguh sebelum pindah
  8. Sibuk layan bola kat astro, smpi maleh nak ngadap komputer
  9. Taska anak tutup seminggu, amat menyusahkan, terpaksa mintak tolang awe (nenek) dier jagakan
  10. Terpaksa ulang alik dari KL ke Putrajaya sbb taska anak tutup seminggu (dah penat maleh nak ngadap blog)
  11. Terlalu lama menunggu, buang masa utk gmbr diupload (dulu tak mcm nie...adakah disebabkan blog aku dah smpi tahap limitnyer???)
  12. Bukan ader org pun nak tengok blog aku nie, takde sape pun nak jadi peminat blog aku.....(kira majuk laa nie....huhuhuhu)

Itulah semua alasan2 yg dpt aku pikir kan buat masa nie......tapi terlampau banyak alasan plak rasanya....tapi sebab yg paling utama kenapa aku lama tak update blog ialah.......SEBAB AKU MALAS DAN TAKDE MOOD NAK UPDATE.......bleh terima ker alasan aku nie???.....hahahahahahahaha.......