Tingkatan 4 Titiwangsa

Nie gambar aku mase sekolah menengah. Cikgu kelas aku nie nama Fatmawati (kalu tak salah laa..). Kelas aku nie semua lelaki walaupun sekolah aku nie sekolah campur lelaki dan pompuan. Masa nie aku tingkatan 4 Titiwangsa. Nama sekolah nie King Ali High School, Ipoh Street, hehehe cam kelakar je. Nama sebenar Sekolah Menengah Raja Ali (aku je pandai2 tukar). Bila kelas semua lelaki, aper lagik semakin nakal laa bebudak nie. Kena plak cikgu kelas pompuan. Tapi aku baik. Aku tak nakal cam diaorang. Tengok muka aku time nie pun, dah tau aku nie baik. Sopan jee aku time nie. Tapi walaupun kitaorang nakal, tapi masih lagi menghormati cikgu. Tak macam budak2 sekarang nie. Langsung tak respek cikgu. Time nie, aku dah ntah bape kali kena tangkap ngan cikgu sebab isap rokok. Cikgu disiplin pun dah malas nak tengok muka aku. Tak pandai cover tul aku nie. Tu yang kantoi isap rokok tu. Tapi nakal2 aku nie, cuma isap rokok je arrr. Tu pun sorok2. Tak macam bebudak sekarang nie. Isap rokok nak tunjuk lagak kat orang lain. Langsung tak respek orang2 tua.

Comments