Persembahan Kior SPP




Setelah berbulan2 berlatih, kini tiba masanya kitaorang membuat persembahan kior untuk dipersembahkan kepada Pak Lah dan semua yang menghadirkan diri di perhimpunan bulanan JPM. Dan ari nie dalam sejarah, aku bangun awal dan datang awal ke pejabat. Tak penah2 aku gi pejabat kul 6.45 pagi. Kuar rumah gelap gelita sekeliling dan tak pasal2 bini aku pun terpaksa gi keja awal gara2 kior nie. Ape pun time kasih laa kat bini aku nie yang memahami career aku sebagai artis kior. Setelah lama aku tinggalkan kerjaya sebagai ahli kumpulan kior, kini aku kembali menujukkan kemampuan vokal aku di depan orang ramai (hehehehe perasan laaa pulak). Empat buah lagu yang kami dendangkan. Semua lagu yang sedap2 antaranya Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Keranamu, Muhibbah dan lagu yang paling susah nak nyanyi NegaraKu. Ape korang ingat lagu Negaraku tu senang ke nak nyanyi. Hattan yang dah tip top pun tak leh nak nyanyi sebagus kitaorang. Tu pasal kena sound dengan menteri. Bukan senang beb. Tapi memang best laa kior kitaorang, mana nak cari kumpulan kior yang bercampur2 cam kitaorang. Semua gred pegawai dan kakitangan pejabat ade. Dari yang gred rendah sampai ke gred tinggi (tinggi tak tinggi mana laa...paling tinggi PTD Gred 44). . Sementara tunggu orang penuh kat tempat perhimpunan, aku sempat laa ambik gambar aku yang tak berapa hensem nie dengan kawan2 seangkatan (tapi, smart gak aku pakai kot kan). Tapi aku memang bengang laa sape2 yang jaga audio time tu. Pelahan sangat muzik nya. Dah tu pandai2 plak tu tukar cd dan letak cd lagu yang dah ade suara masa Pak Lah sampai. So terpaksa laa kitaorang miming jee lagu tu(tak dapat laa aku nak tunjukkan bakat aku nie). Berpeluh2 kitaorang tunggu Pak Lah turun untuk berucap dan aku rasa baju kemeja aku abis basah kuyup dek kerana kepanasan yang melampau dan penat berdiri menunggu. Nasib baik laaa Pak Lah tak berucap panjang ari tu. Lagi pun dier pun nak cepat sebab ade mesyuarat kat tempat lain. Syukur alhamdulillah. Kalu dier berucap panjang2 mau nya aku pengsan, sebab aku tak makan semalaman. Maklum laa nak jaga suara hehehehe.......Ape pun aku rasa bangga ngan persembahan kitaorang, sebab nie laaa persembahan kior pertama untuk perhimpunan bulanan dalam tahun 2008 nie. Kira macam pembuka tirai laa untuk 2008. Selamat tinggal 2007..............

Comments