Majlis Nikah AMZARI

Semalam aku bersama isteri menghadiri majlis pernikahan member aku Amzari bersama pasangannya Mona di Kluang, Johor. Alhamdulillah, dengan sekali akad, akhirnya mereka dapat juga disatukan setelah pelbagai ranjau yang terpaksa mereka tempuhi. Macam2 lah berlaku sebelum sampai ke rumah pengantin perempuan. Kitaorang beberapa kali tersesat. Dengan pihak perempuan plak terpaksa menukar tempat nak akad nikah yang sebelum nie dirancang di masjid yang kemudian terpaksa menukarnya dirumah kerana sebab2 tertentu. Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah. Ikutkan majlis untuk persandingan dibuat di hari yang lain kerana beberapa masalah yang terpaksa mereka selesaikan dahulu. Tapi aku rasa arrr, majlis akad nikah yang dorang wat, macam majlis persandingan penuh, sebab terlalu ramai orang yang hadir. Siap dengan majlis menepung tawar, makan beradap. Boleh dikatakan macam majlis persandingan laaa. Ari nie aku betul2 kepenatan yang amat sangat. Sampai tak larat nak gi mana2. Di tambah pulak dengan kesakitan perut yang amat sangat. Tak tau laa ape puncanya. Sebab on the way aku nak balik rumah, beberapa kali aku terpaksa berhenti kat kawasan rehat. Ntah bape kali aku muntah dah ntah bape kali aku terberak2(oooppppsss). Abis segala lemak yang aku simpankan selama nie pun terkeluar sekali. Sayang tul lemak aku tuuu. Bukan senang nak dapat. Dah bape tahun aku usahakan. OK laa kepada member aku tuu aku ucapkan selamat menempuh hidup baru dalam alam rumah tangga dan Selamat Pengantin Baru............


Comments