Tahlil Arwah

Alhamdulillah....akhir nye tercapai jugak hajat aku nak wat tahlil arwah anak aku kat surau umah aku. Moga2 rohnya dicucuri rahmat disana walaupun dier telah ditetapkan syurga untuknye. Inilah kasih sayang yang boleh aku berikan pada anak aku walaupun dier tak sempat tengok aku dan bermanja dengan ku. Moga2 juga dier dapat membantu aku di akhirat kelak (insyallah). Bila aku teringatkan dier aku terasa sebak. Walau macammanapun aku redha dengan pemergian nya. Allah lebih sayangkan dier. Musibah yang datang, mungkin untuk mengigatkan aku tentang betapa agongnya kebesaranNya. Betapa kehidupan ini semuanya ditentukanNya. Kini sudah 184 hari dier telah meninggalkan aku. Hmmmm......aku redha. Al-Fatihah untuk roh nya.



Kat surau tadi aku sedekahkan kuih untuk moreh. Tu jeee yang mampu aku wat, tu pun aku suruh member opis aku tolong wat kan. Tapi sedap arrr kuih dier. Kena plak ari nie ade sup ekor ngan murtabak, orang blok aku wat. Pehhhh.....segar sikit mata aku malam nie. Hehehehe. Kat area umah aku nie kalu nak antar mende untuk moreh, kena ikut giliran. Bukan ape, kalu semua bagi serentak ari lain tak de laaa moreh. Kan fair and square. So semua antar, tak yah nak berebut.
Nie laaa kuih yang aku antar untuk moreh. Sila2 & jemput2 tengok. Kalu nak, datang arrr surau kat umah aku nie. Macam2 ade. Setiap hari dan setiap malam pasti ade makanan yang best2. Mari2 kita bersama2 menghabiskan lauk moreh kat tempat aku. hahahahahahaha........

Comments